Sesampainya kami di gerai durian tersebut, kami disambut mesra oleh taukey durian yang mahu dikenali sebagai Pak Rashid. Abah pun memilih durian yang terbaik. Dengan mesra dan jujur Pak Rashid membantu Abah memilih durian yang sedap. Setelah selesai memilih, Abah pun panggil kami untuk menjamah durian di gerai itu juga. Kata Abah makan durian kat gerai ni lagi syiokkk. Nizam memang sangat suka makan durian. Banyak ulas juga yang dimakan nya. Sesudah selesai menghabiskan 6 biji durian kami pun beredar untuk meneruskan perjalanan balik kerumah.
Untuk pengetahuan pembaca, Pak Rashid merupakan peniaga durian yang mesra dan jujur. Pak Rashid juga tidak kedekut ilmu mengenai jenis jenis durian yang terbaik..diantara durian yang Pak Rashid jual adalah seperti IOI, kunyit, D24, D13, musang king, pulut dan kampung. Kepada anda yang ingin membeli durian dengan harga yang berpatutan, bolehlah menghubungi Pak Rashid di talian mudah alih
0136631992.
Itu diaaaa Pak Rashid beraksi....hehe |
pak rashid beraksi yeee..haha..ty(Y)^^ )
ReplyDeletesedapnyeee makan xtgu tya pun >_<
ReplyDeleteSukanya si nizam..nizar mana?
ReplyDelete