Suami Kak Rahmah memberitahu NK ada air terjun tak jauh dari pekan Kuala Kubu Bharu iaitu air terjun Sg Chiling. Tanpa membuang masa lagi, NK terus ajak Mr Hubby ke air terjun Sg Chiling tu. Dalam perjalanan menuju ke air terjun Sg Chiling, NK sempat lagi menyinggah di Empangan Sg Selangor. Seperti yang dilaporkan media, memang betul paras air di Empangan Sg Selangor sangat rendah. Setelah snap snap snap berberapa keping gambar, NK meneruskan perjalanan menuju ke air Terjun Sg Chiling. Dalam perjalanan itu juga NK nampak di sebelah kanan ada perkampungan orang asli iaitu Kampung Pertak. NK pun beritahu Mr Hubby supaya singgah bila balik nanti. Selepas sahaja menyeberangi jambatan besi yang boleh muat sebuah kereta dan sebuah motosikal, NK pun sampai di Destinasi yang dituju. Boleh tahan juga nyaman udara disini. Airnya sangat sejuk hingga menggigil Nizar dibuatnya. Melihatkan betapa nyamannya suasana di air terjun Sg Chiling ni, NK beritahu Mr Hubby lain kali nak datang lagi kesini.
Masa begitu cemburu dengan kegembiraan anak anak NK bermandi manda disini. NK pun mengajak MR Hubby balik. Untuk pengetahuan anda, semasa menuruni tangga ke air terjun, NK tak rasa apa apa. Tapi ternyata keletihan amat dirasai bila nak balik kerana menaiki 68 anak tangga yang sangat curam. Dipendekkan cerita, sewaktu meneruskan perjalanan balik, NK terlupa nak singgah di perkampungan orang asli Kampung Pertak. Yang sempat hanya menadah air bukit di tepi jalan menuju ke pekan Kuala Kubu Bharu. NK dah tak nak berpatah balik ke kampung Pertak. Jadi NK teruskan perjalanan balik.
Jalan punya jalan NK nampak papan tanda Kolam air panas. Apa lagi NK pun terus ikut arah papan tanda tu. Wahhhh rupanya di Kuala Kubu Bharu ni ada kolam air panas. NK bawa anak anak mandi air panas sekejap sahaja kerana waktu tidak mengizinkan. Itulah tempat terakhir yang NK lawati pada hari ini ( 14-06-2014 ). Mungkin masih ada banyak tempat tempat yang menarik NK terlepas pandang di Kuala Kubu Bharu. Jika anda mempunyai maklumat mengenai tempat tempat yang menarik samada di Kuala Kubu Bharu atau di tempat lain, sila la kongsikan maklumat anda bersama. Tanpa kita sedari, kita telahpun membuka sedikit peluang perniagaan kepada peniaga peniaga kecil dilokasi tersebut.
syoknye air terjun...nnt nak pergi lagi ajak la t.ya :)
ReplyDeletextau pun ada kolam air panas area sana...tq for sharing good info!! thumbs up..
ReplyDelete