Sunday, 29 June 2014

BUFFET RAMADHAN | CHINESE MUSLIM BUFFET RAMADHAN | HALAL CHINESE FOOD | STARFRESH AGRO PARK | KUALA PILAH | NEGERI SEMBILAN


Assalam...Terlebih dahulu NK ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam walau dimana sahaja anda berada.

Pada hari pertama berbuka puasa, NK dan seluruh ahli keluarga memilih untuk berbuka puasa di Starfresh Agro Park. Lokasi ini terletak di Jalan Bukit Putus yang mana hanya 10 minit dari tol Senawang, Lebuhraya Plus dan 30 minit dari Kajang / Cheras melalui Lebuhraya LEKAS.

NK dan keluarga memilih untuk berbuka puasa di sini kerana ingin mencuba menu yang disajikan adalah berkonsepkan CHINESE MUSLIM BUFFET. Starfresh Agro Park juga mempunyai SIJIL HALAL serta LOGO HALAL yang sah dari JAKIM. Inilah juga di antara sebab NK dan keluarga memilih untuk berbuka puasa di Starfresh Agro Park selain harga promosi yang di tawarkan adalah  sangat berbaloi dengan menu yang di sajikan iaitu hanya RM39nett untuk dewasa dan RM20nett untuk kanak-kanak.

Di antara menu yang di sajikan adalah seperti "Butter Prawn" , "Kambing Salai", "Boneless Fried Chicken With Sweet and Sour Sauce", "Sup Gearbox", "Bubur Ubi Keledek", "Kuih Muih", "Aiskrim", "Otak-Otak", "Mee Kari (Chinese Style)", "Buah-buahan Tropika termasuklah durian" dan banyak lagi.

Menurut Chef yang menyediakan menu tersebut, iaitu Chef. Mohd Kent dan Chef Kenney telah menjelaskan bahawa, kambing salai yang di sediakan oleh Starfresh Agro Park ini adalah di import dari New Zealand dan di jamin halal.

NK mendapati rata-rata pelanggan memberikan komen yang baik dan mereka berpuas hati dengan kebersihan penyediaan makanan, kelazatan makanan, dan juga para pekerja yang sangat ramah dan mesra kepada pelanggan.

NK juga yakin anda semua pasti berpuas hati dengan menu yang di sediakan dan juga suasana yang aman damai. Yang paling best adalah harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan berbaloi dengan menu yang di sajikan.



StarFresh Agro Park
Lot 2599, 12KM Jalan Seremban,
Kuala Pilah,
70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: 606-6794288
Fax: 606-6782628

E-mail: 
starfreshagropark@gmail.com
starfreshagro@gmail.com
starfreshpark@gmail.com

Contact Person:
+6012 623 9278 Mr Kenly



* We are only 30 minutes from Kajang/Cheras via the new LEKAS Highway

* We are only 10 minutes from Senawang Toll.

1 comment:

  1. wahh..so cheap..not like some hotel the price almost rm80/nett for adult and rm40/net for child..

    ReplyDelete