Sunday 6 July 2014

BUFFET RAMADHAN | ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR

SAFFRON BRASSERIE ( lobby ) Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang terletak ditengah tengah kota metropolitan ini menyediakan 101 jenis juadah berbuka puasa yang berkonsepkan  RASA UTARA. 101 jenis juadah ini di bahagikan kepada enam set menu yang disajikan secara bergilir gilir setiap hari hingga tamat Ramadhan. Setiap jenis juadah yang disajikan sudah pasti akan memuaskan selera anda.

Yang menariknya, ada diantara juadah di sediakan panas panas oleh chef yang bertugas di " stall stall " SAFFRON BRASSERIE. Sudah tentunya para tetamu dapat menikmati kesegaran rasa makanan yang disediakan. Diantara " stall " yang disediakan ialah SUP DORAI iaitu sup berempah ala Penang dengan aneka pilihan samada ayam, daging kambing, tulang rawan dan burung puyuh. Selain itu ada juga " stall " untuk apam balik, pastry, chinese stall, ABC , nasi berlauk, buah buahan tempatan dan juga japanese stall.

Diantara juadah yang disajikan juga ialah SUP UTARA, LAKSA ASAM PENANG, KAMBING BAKAR, DAGING KANDAR, NASI ULAM, KERABU PEGAGA, KERABU SOTONG PANGGANG, GULAI MASAK DARAT, MEE UDANG SUNGAI DUA, KARI UDANG GALAH, PERUT CICAH AIR ASAM, IKAN PEKASAM ALOR SETAR, PUCUK PAKU MASAK LEMAK, CENDOL PULUT, APAM BALIK, ROTI CANAI DAN BERMACAM MACAM LAGI JENIS JUADAH YANG DISAJIKAN UNTUK ANDA.

Jika anda ingin berbuka puasa di SAFFRON BRASSERIE, anda perlu membuat tempahan awal kerana disini kerusi sentiasa penuh. Untuk mengetahui menu apa yang disajikan pada tarikh pilihan anda, anda boleh menghubungi pihak Ancasa Hotel & Spa. 

Pihak Ancasa Hotel & Spa memaklumkan bahawa mereka sedang menawarkan DISKAUN BAUCER pada  harga yang menarik KEPADA TETAMU AWAL yang membuat tempahan dari 1 May hingga 15 julai 2014. Harga diskaun adalah RM55nett untuk dewasa. Harga biasa adalah RM75nett untuk dewasa dan RM50nett untuk kanak kanak. Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dengan kelazatan dan jumlah jenis juadah yang disajikan.

Lokasi Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur terletak bersebelahan dengan bangunan UTC atau lebih dikenali sebagai puduraya dan berhadapan dengan bangunan Kotaraya. Untuk sampai kesini, anda juga boleh menggunakan pengangkutan awam samada bas, teksi, STAR LRT, PUTRA LRT DAN KTM komuter.

Untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi talian seperti dibawah:
Saffron Brasserie ( lobby )
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock
50050 Kuala Lumpur
+603-20266060 ext/samb 7703
Free toll/talian bebas toll 1-300-88-0032