Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Rafidah Aris ( Public Relations Executice ) dan Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana sudi menjemput NK serta rakan rakan media di majlis iftar bersama anak anak yatim " keluarga besar Norlina Alawi ". Majlis iftar yang diadakan di Saffron Brasserie ( Lobby ) telah meraikan seramai 44 orang anak anak yatim dan 6 orang penjaga.
Majlis amal ini adalah salah satu acara kebajikan yang diadakan oleh Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur sempena menyambut Ramadhan Al mubaraq pada tahun 2014 ini. Selain dari menjamu selera bersama anak anak yatim, pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur juga telah menyerahkan derma korporat. Derma tersebut telah disampaikan oleh En Mohammad Nazir Abdullah
( General Manager Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ).
Di hujung majlis iftar tersebut, Encik Mohamad Nazir Abdullah telah menyerahkan "goodiebag "dan sampul derma kepada setiap anak anak yatim tersebut. Tiba tiba sebak rasa hati NK bila memandang wajah anak anak yatim yang begitu teruja kerana dapat cenderahati " goodiebag" dari
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment