Friday 4 July 2014

JUADAH BERBUKA PERCUMA | ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR MENGEDAR JUADAH BERBUKA PERCUMA 4 julai 2014

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur telah mengedarkan sebanyak 500 BUNGKUS Juadah berbuka puasa PERCUMA kepada para pengguna jalan raya dihadapan premis. Sumbangan penyerahan juadah berbuka puasa percuma ini telah di edarkan oleh Encik Mohammad Nazir Abdullah ( General Manager ) serta kakitangan Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.

Acara penyerahan juadah berbuka puasa percuma ini adalah salah satu aktiviti  KEBAJIKAN Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur didalam bulan Ramadhan Al Mubaraq yang mulia ini. Sumbangan tersebut di edarkan secara rambang kepada sesiapa sahaja yang melalui jalan di hadapan Ancasa Hotel & Spa Kuala lumpur tanpa mengira bangsa atau agama. Pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur berharap agar sumbangan tersebut dapat memberi sedikit kegembiraan kepada penerima.



No comments:

Post a Comment