PAMERAN BIOGRAFI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMPENA MEMULIAKAN SAMBUTAN 40 TAHUN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DI ATAS SINGGAHSANA TAKHTA KERAJAAN NEGERI PAHANG.
OBJEKTIF PAMERAN
Sempena Memuliakan Sambutan 40 tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Di Atas Singgahsana Takhta Kerajaan Negeri Pahang.
Sebagai penghargaan Muzium Negeri Pahang kepada institusi beraja di Pahang yang telah banyak menyumbang terhadap perkembangan muzium.
Menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan sumbangan institusi beraja dalam pembinaan asas masyarakat Malaysia yang bertamadun seterusnya melindungi warisan negara dalam menangani arus pemodenan. Memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk mengenali, mengunjungi serta mendekatkan diri kepada bahan-bahan berkepentingan sejarah.
Mempelbagaikan penyebaran ilmu pengetahuan kepada orang ramai sesuai dengan peranan dan fungsi institusi permuzium sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal yang bertanggungjawab memaparkan unsur-unsur sejarah dan kebudayaan setempat.
Balai Pameran di buka mengikut waktu operasi Muzium Sultan Abu Bakar
Jadual masa :
Selasa - Khamis, Sabtu dan Ahad
9.30 pagi - 5.30 petang
Jumaat
9.30 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.30 petang
Masa terakhir masuk galeri 5.00 petang
Tutup pada setiap hari Isnin, Hari Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua dan hari Raya Pertama Aidiladha
MUZIUM NEGERI PAHANG
JALAN SULTAN AHMAD, 26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA
Tel : 09 4221371/1459 Fax : 09 4221572
www.muziumpahang.com.my
No comments:
Post a Comment