Sunday, 29 June 2014

DURIAN | JLN SG UDANG MASJID TANAH | KEM TENTERA SUNGAI UDANG MELAKA | PAK RASHID

Perjalanan ke Melaka kali ini bersama Abah, Mak dan Ain. Nizam dan Nizar sangat seronok kerana dapat balik ke rumah Tok Wan dan Tok Cik mereka. Kali ini Abah lalu jalan dari Port Dickson ke Melaka. Sepanjang laluan tersebut, ada banyak gerai gerai yang menjual buah buahan seperti rambutan, manggis, buah naga, durian dan bermacam macam lagi. Nizam pula bila ternampak gerai durian, mula lah dia cuba " pancing " Tok Wan dia. " Atok Tok wannnn abg suka makan durian...sedap nye bau durian Tu Atok Tok Wan...oleh kerana hati Tok Wan dah CAIR... Tok Wan pun singgah di gerai durian tepi jalan yang berdekatan dengan kem sungai udang Melaka ( kem tentera )...

Sesampainya kami di gerai durian tersebut, kami disambut mesra oleh taukey durian yang mahu dikenali sebagai Pak Rashid. Abah pun memilih durian yang terbaik. Dengan mesra dan jujur Pak Rashid membantu Abah memilih durian yang sedap. Setelah selesai memilih, Abah pun panggil kami untuk menjamah durian di gerai itu juga. Kata Abah makan durian kat gerai ni lagi syiokkk. Nizam memang sangat suka makan durian. Banyak ulas juga yang dimakan nya. Sesudah selesai menghabiskan 6 biji durian kami pun beredar untuk meneruskan perjalanan balik kerumah.

Untuk pengetahuan pembaca, Pak Rashid merupakan peniaga durian yang mesra dan jujur. Pak Rashid juga tidak kedekut ilmu mengenai jenis jenis durian yang terbaik..diantara durian yang Pak Rashid jual adalah seperti IOI, kunyit, D24, D13, musang king, pulut dan kampung. Kepada anda yang ingin membeli durian dengan harga yang berpatutan, bolehlah menghubungi Pak Rashid di talian mudah alih
0136631992.
Itu diaaaa Pak Rashid beraksi....hehe








BUFFET RAMADHAN | CHINESE MUSLIM BUFFET RAMADHAN | HALAL CHINESE FOOD | STARFRESH AGRO PARK | KUALA PILAH | NEGERI SEMBILAN


Assalam...Terlebih dahulu NK ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam walau dimana sahaja anda berada.

Pada hari pertama berbuka puasa, NK dan seluruh ahli keluarga memilih untuk berbuka puasa di Starfresh Agro Park. Lokasi ini terletak di Jalan Bukit Putus yang mana hanya 10 minit dari tol Senawang, Lebuhraya Plus dan 30 minit dari Kajang / Cheras melalui Lebuhraya LEKAS.

NK dan keluarga memilih untuk berbuka puasa di sini kerana ingin mencuba menu yang disajikan adalah berkonsepkan CHINESE MUSLIM BUFFET. Starfresh Agro Park juga mempunyai SIJIL HALAL serta LOGO HALAL yang sah dari JAKIM. Inilah juga di antara sebab NK dan keluarga memilih untuk berbuka puasa di Starfresh Agro Park selain harga promosi yang di tawarkan adalah  sangat berbaloi dengan menu yang di sajikan iaitu hanya RM39nett untuk dewasa dan RM20nett untuk kanak-kanak.

Di antara menu yang di sajikan adalah seperti "Butter Prawn" , "Kambing Salai", "Boneless Fried Chicken With Sweet and Sour Sauce", "Sup Gearbox", "Bubur Ubi Keledek", "Kuih Muih", "Aiskrim", "Otak-Otak", "Mee Kari (Chinese Style)", "Buah-buahan Tropika termasuklah durian" dan banyak lagi.

Menurut Chef yang menyediakan menu tersebut, iaitu Chef. Mohd Kent dan Chef Kenney telah menjelaskan bahawa, kambing salai yang di sediakan oleh Starfresh Agro Park ini adalah di import dari New Zealand dan di jamin halal.

NK mendapati rata-rata pelanggan memberikan komen yang baik dan mereka berpuas hati dengan kebersihan penyediaan makanan, kelazatan makanan, dan juga para pekerja yang sangat ramah dan mesra kepada pelanggan.

NK juga yakin anda semua pasti berpuas hati dengan menu yang di sediakan dan juga suasana yang aman damai. Yang paling best adalah harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan berbaloi dengan menu yang di sajikan.



StarFresh Agro Park
Lot 2599, 12KM Jalan Seremban,
Kuala Pilah,
70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: 606-6794288
Fax: 606-6782628

E-mail: 
starfreshagropark@gmail.com
starfreshagro@gmail.com
starfreshpark@gmail.com

Contact Person:
+6012 623 9278 Mr Kenly



* We are only 30 minutes from Kajang/Cheras via the new LEKAS Highway

* We are only 10 minutes from Senawang Toll.

Wednesday, 25 June 2014

HOTEL ANCASA | PEKAN, PAHANG

Program Sahabat Media bersama Santai Travel | Mmode | Tourism Pahang menjelajah negeri Pahang. Kali ini kami menginap di salah satu hotel 4 bintang yang berada di daerah Pekan. Hotel Ancasa telah beroperasi pada 19 Mei 2014.Hotel ini berkonsep moden yang mempunyai 103 unit twin deluxe, 22 unit single deluxe, 4 unit executive suite serta 2 unit junior suite. Hotel ini juga mempunyai salun yang tersendiri. Juga mempunyai spa dn gym.





Pelbagai promotion setiap bulan

di dalam bilik spa

gym


Resort Address
Ancasa Royale Pekan, Pahang
No 2670, Kampung Peramu,
Jalan Pekan - Kuantan,
26600, Pekan,
Pahang Darul Makmur.
Guest Fax
+609 - 4246 700
Connect
Facebook Ancasa
Twitter @ Ancasa

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR | PEKAN, PAHANG


PAMERAN BIOGRAFI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMPENA MEMULIAKAN SAMBUTAN 40 TAHUN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DI ATAS SINGGAHSANA TAKHTA KERAJAAN NEGERI PAHANG.




















OBJEKTIF PAMERAN

Sempena Memuliakan Sambutan 40 tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Di Atas Singgahsana Takhta Kerajaan Negeri Pahang.

Sebagai penghargaan Muzium Negeri Pahang kepada institusi beraja di Pahang yang telah banyak menyumbang terhadap perkembangan muzium.

Menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan sumbangan institusi beraja dalam pembinaan asas masyarakat Malaysia yang bertamadun seterusnya melindungi warisan negara dalam menangani arus pemodenan. Memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk mengenali, mengunjungi serta mendekatkan diri kepada bahan-bahan berkepentingan sejarah.

Mempelbagaikan penyebaran ilmu pengetahuan kepada orang ramai sesuai dengan peranan dan fungsi institusi permuzium sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal yang bertanggungjawab memaparkan unsur-unsur sejarah dan kebudayaan setempat.

Balai Pameran di buka mengikut waktu operasi Muzium Sultan Abu Bakar

Jadual masa :
Selasa - Khamis, Sabtu dan Ahad
9.30 pagi - 5.30 petang

Jumaat
9.30 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.30 petang

Masa terakhir masuk galeri 5.00 petang

Tutup pada setiap hari Isnin, Hari Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua dan hari Raya Pertama Aidiladha

MUZIUM NEGERI PAHANG
JALAN SULTAN AHMAD, 26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA
Tel : 09 4221371/1459  Fax : 09 4221572
www.muziumpahang.com.my

KOMPLEKS PENGEMBANGAN TENUN PAHANG DI RAJA SULTAN HAJI AHMAD SHAH | PEKAN PAHANG

NK bawakan anda ke Kompleks Tenun Pahanag Di Raja yang terletk di Pekan, Pahang. Di bawah ad sedikit info untuk bahan rujukan anda yang NK dapat dari utusan online.

Biarpun Tenun Pahang Diraja semakin terkenal di seluruh negara, namun masih ramai dalam kalangan generasi muda yang tidak tahu mengenai asal-usul fabrik eksklusif itu. Sedangkan fabrik Tenun Pahang Diraja yang halus itu sudah menjadi pilihan ramai untuk digayakan pada majlis rasmi dan keramaian lain. Lebih menarik, Tenun Pahang Diraja masih dihasilkan mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan fabriknya sesuai bagi mereka yang bersifat teliti. Malah, penghasilannya yang dilakukan secara tradisional mendapat pujian serta perhatian para penggemar seni tekstil tradisi dari dalam atau luar negara.

Jika dahulu, kain tenun Pahang yang biasanya digunakan untuk kain sarung, samping dan selendang, kini ia diaplikasikan dalam rekaan fesyen moden selari dengan trend dan cita rasa terkini.
Kain tenun yang memiliki 27 reka corak itu turut digunakan oleh pereka fesyen tempatan dan luar negara, terutamanya untuk majlis rasmi kerajaan, perkahwinan dan adat istiadat diraja.
Antara reka corak yang dihasilkan adalah Anak Lebah, Biji Peria, Cindai, Limar, Tun Razak dan Bunting Padi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, kain tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi, Indonesia dan dibawa ke negeri ini pada abad ke-16 Masihi.
Katanya, ketika itu ia diperkenalkan seorang pembesar Bugis yang dikenali sebagai Tuk Tuan atau Keraing Aji yang menetap di Kampung Mengkasar, Pekan. "Beliau disifatkan sebagai pelopor reka corak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping dan sering memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam daripada bahan tenunan sutera permai yang dibawa dari Sulawesi, Aceh dan Riau. "Pengetahuan dalam bidang tenunan menyebabkan ramai wanita khasnya suri rumah sekitar tempat tinggalnya mempelajari cara membuat kain tenun.


















Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah 

Kampung Soi, 26060 Kuantan, Pahang, Kuantan, Pahang, Malaysia