Assalam semua... hari ini NK hendak berkongsi pengalaman NK berada di tempat lawatan yang wajib anda lawati jika sampai di Perak ini. Menara Condong sangat popular dan terkenal dengan kecondongan bangunannya.
Anda boleh membaca sejarah tentang Menara Condong ini di bawah sebagai rujukan anda.
Anda boleh membaca sejarah tentang Menara Condong ini di bawah sebagai rujukan anda.
Hasil Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali.
Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85
kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia
masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki
air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam
besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan
pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya
dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan
kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu
mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.
MENARA CONDONG TELUK INTAN, PERAK
Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan, Perak
Telefon:012-658 1514
No comments:
Post a Comment