Wednesday, 13 August 2014

KG SRI PAYA HOMESTAY | KULAI JAYA | JOHOR


Program Sahabat Media bersama Santai Travel, MMode dan Tourism Johor membawa NK ke Kg Sri Paya Homestay di Kulai Jaya Johor di mana perjalanan hanya 20 kilo meter jika daripada bandar Johor Bahru. Perkampungan ini terletak hanya bersebelahan dengan ladang kelapa sawit Sime Darby. Ada 4 buah rumah yang mengikuti program Kg Homestay. Kg Sri Paya Homestay menyediakan pelbagai aktiviti untuk pelancong yang datang dan menginap di Homestay ini seperti IKS (Industri Kecil dan Sederhana) serta aktiviti Kebudayaan seperti tarian kuda kepang di rumah Tok Dalang dan sebagainya.

Pelancong juga berpeluang mempelajari tradisi masyarakat setempat sert merasai sendiri makanan tradisi di sini seperti nasi ambang, ayam engkong dan sebagainya.

Di Homestay ini, terdpt pokok buah-buahan seperti pokok rambutan, pokok manggis, pokok pulasan, pokok duku dan banyak lagi. Memang berbaloi jika anda memilih Kg Sri Paya Homestay adalah salah 1 destinasi percutian anda.
Salah satu homestay yang kami menginap
Ruang meletak kenderaan
Ruang dapur
Ruang tamu untuk bersantai
Bilik beradu
Ruang makan
Rakan sahabat blogger yang sedang menyantap nasi ambang


Salah 1 permainan traditional bowling kelapa 
Bermain bola sepak menggunakan kain pelekat...macam mana tuuuuu...
Haaaaa....tu diaaaaaa.....
Buah rambutan yang manisssss
Buah pulasan berada di dalam beg tangan Nk hehe....xsabar2 nak makan...fresh baru di petik oleh sahabat blogger




KAMPUNG SRI PAYA HOMESTAY
C108-A, JALAN SUSUR MASJID 2,
KG SRI PAYA
81030 KULAI JAYA, JOHOR

HJ MOHD LAZIM BIN ABU BAKAR
0167163071
www.kgsripayahomestay.blogspot.com

No comments:

Post a Comment