Tuesday 12 August 2014

TANJUNG PIAI TAMAN NEGARA JOHOR | TANJUNG PIAI | PENGHUJUNG BENUA ASIA

Program Sahabat Media bersama anjuran Santai Travel kali ini, membawa NK ke Taman Negara Johor, Tanjung Piai. Sudah lama NK tidak menghirup udara segara Hutan Paya Bakau. Kawasan ini di penuhi dengan ekologi di mana kawasan ini sangat harmoni. Binatang serta tumbuh-tumbuhan hidup dengan sihat. Tanjung Piai Taman Negara Johor meliputi kawasan seluas lebih 926 hektar, 526 hektar yang merupakan hutan bakau pesisir pantai. 8km pantai yang bersempadan dengan Melaka. Di sini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna. Kawasan ini di kenali sebagai Tapak Ramsar 1289 di dunia pada 31 Januari 2003.








TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
MUKIM SERKAT
82030 PONTIAN, JOHOR
TEL : 07 6969712/ 6969796
FAX : 07 6969786 / 6961029

No comments:

Post a Comment