Thursday, 15 May 2014

MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI | NEGERI SEMBILAN

Teruja sungguh NK kerana di beri peluang melawat Istana Lama Seri Menanti yang kini telah di jadikan muzium kenangan iaitu Muzium Di Raja Seri menanti, Negeri Sembilan. Bersyukur kerana NK di beri peluang bersama dengan kehadiran YAM tunku Zain Al-Abidin,putera kedua YAM Tengku Muhriz, beliau mencemar duli duduk sama tinggi bersama rakyat jelata. Kenangan yang tidak akan di lupakan kerana beliau sudi bersama-sama kami sahabat media untuk berkongsi pengalaman beliau dari kecil hingga besar, persekolahan beliau, pengalaman bersama keluarga tercinta. Istana Lama Seri Menanti (yang kini di kenali sebagai Muzium Di Raja Seri Menanti) pada asalnya telah di bina pada tahun 1902 dan siap pada 1908, Istana Lama Seri Menanti ini di reka oleh dua orang tukang melayu, di mana pelannya adalah diperincikan oleh ketua pelan pelukis, Mrwoodford dari jabatan kerja raya, Istana Lama Seri Menanti ini, di tabalkan sebagai Muzium di Raja Seri Menanti apabila Yang Di- Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yam Tuan Antah, berpindah ke istana baru yang dibina berhampiran istana lama.






Pada petang hari, kami  di beri peluang bermain permainan tradisional Negeri Sembilan seperti konda-kondi tarik upih dan sebagainya.


 Waktu makan malam pula, kami di sajikan dengan hidangan di raja dengan menu dari masakan di raja yang di masak oleh tukang masak di raja. Sungguh bertuah dan beruntung NK ketika itu. Lauk yang sungguh sedap tidak pernah NK dapat di mana-mana.


NK tidak akan lupakan kenangan yang sungguh manis ini.

Lokasi dan Direktori :-
Kurator
Muzium Diraja Seri Menanti
71550 Seri Menanti
Kuala Pilah
Tek / Fax : 06-497 9653
Email : mdrsmn9@gmail.com

No comments:

Post a Comment