Saturday, 31 May 2014

STARFRESH AGRO PARK, KUALA PILAH | SEREMBAN | NEGERI SEMBILAN


31hb May 2014 | NK bersama trip Sahabat Media | Tourism Negeri Sembilan | Santai Travel | M-Mode berkunjung ke StarFresh Agro

Jika anda datang dari Kajang/Cheras, jika anda menggunakan Lebuhraya LEKAS, perjalanan hanya 30minit dan jika anda dari tol Senawang, hanya 10 minit.

Di StarFresh ini terdapat penginapan, Spa, Bilik wap, dan di StarFresh ini juga terdapat beberapa pakej seperti pembelajaran, team building, leisure, hari keluarga, perkhemahan dan banyak lagi.










Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi,

StarFresh Agro Park

Lot 2599, 12KM Jalan Seremban,

Kuala Pilah,

70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.



Tel: 606-6794288 

Fax: 606-6782628



E-mail: 

starfreshagropark@gmail.com

starfreshagro@gmail.com

starfreshpark@gmail.c



Wednesday, 28 May 2014

KLANA RESORT, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN








Assalamualaikum...salam sejahtera ... kali ini NK nak promote salah 1 resort bertaraf 4 bintang d Seremban, Negeri Sembilan...

Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan
Lokasinya berada di tengah-tengah kota Seremban. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya 45minit sahaja. Dan jika perjalanan dari Johor Bahru ataupun Singapura lebih kurang 3 jam.

Pelbagai kemudahan dan aktiviti2 yang di sediakan oleh Klana Resort ini yang akan NK kongsi satu persatu.

Klana Resort, Seremban ini mempunyai sebanyak 230 Guest Rooms...Sempat lagi NK menjelajah ke Guest Rooms...Jenis2 bilik adalah seperti berikut Superior Rooms, Deluxe Rooms, Family Room, Executive Suite, President Suite dan juga VIP Room.


VIP SUITE

 Haaaa.... NK sempat lagi pandang2 jeling2 VIP SUITE ni... wooooowww memang tip top!! selalunya pengantin2 yang mengadakan majlis persandingan di resort ini akan memilih bilik ini sebagai bilik persalinan pakaian pengantin serta istirehat mereka...Kebiasaannya fully book pada setiap hari percutian.

curlasss...siap ada model pengantin

lihatlah pemandangan dari balconi... 

Jom kita terjah President Suite pula... kebiasaannya, bilik ini d tempah oleh keluarga pengantin.

PRESIDENT SUITE





Jommmm kita lunch di Xinjiang Court Chinese Restaurant

Xinjiang Court Special Four Hot Season


Chicken with Dried Chilli & Cashew Nut in Yam Ring

Deep fried Cod Fish with Thai Style

Braised Shark's Fin Soup with Crab Meat & Dried Scallops


Memang sedappp dan lazattt Chinese Food restaurant ini. Rugi jika tidak mencubanya.

Preview Japanese Food at YURI JAPANESE RESTAURANT

 kekenyangan melantakkk tadi... now nak rest kejap di Room 622

tq Tourisn Malaysia Negeri Sembilan for the souvenier

curlassss my room
mehhhh NK nak promote for Buffet Ramadhan 2014 kali ini dengan "CITORASO SUASANO KAMPUNG". 






Lebih 100 jenis 'Masakan Kampung" yang di sediakan oleh Executive Chef. Hidangan adalah seperti berikut Kambing Panggang, Ayam Percik, Sembilang Salai Lemak Cilipadi, Lemak Tempoyak Udang, Puyuh Tandoori, Kurma Udang Johor, Crab Black Pepper dan pelbagai jenis kuih muih yang di sediakan. Kesemuanya dengan harga RM60Nett dewasa dan RM30nett Kanak2 (4-12tahun)...Nak pengsan dengar harga yang murah terlampau2 murah jika nak d bezakan dengan taraf 4 bintang ni. Memang berbaloi uollssss....

Yang bernya siap boleh solat terawih uollsss... Klana Resort sediakan Imam uolls.... memang the bestttt!!!

Pada bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti, Klana Resort juga menyediakan pakej Seminar.

untuk info yang lebih lanjut, atau untuk membuat tempahan awal. boleh hubungi talian di bawah serta alamat di bawah.


KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
tel : 06 7667888 ext 3181 or 3005
fax : 06 7667999
email : info@klanaresort.com.my
website : www.klanaresort.com.my

Thursday, 15 May 2014

MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI | NEGERI SEMBILAN

Teruja sungguh NK kerana di beri peluang melawat Istana Lama Seri Menanti yang kini telah di jadikan muzium kenangan iaitu Muzium Di Raja Seri menanti, Negeri Sembilan. Bersyukur kerana NK di beri peluang bersama dengan kehadiran YAM tunku Zain Al-Abidin,putera kedua YAM Tengku Muhriz, beliau mencemar duli duduk sama tinggi bersama rakyat jelata. Kenangan yang tidak akan di lupakan kerana beliau sudi bersama-sama kami sahabat media untuk berkongsi pengalaman beliau dari kecil hingga besar, persekolahan beliau, pengalaman bersama keluarga tercinta. Istana Lama Seri Menanti (yang kini di kenali sebagai Muzium Di Raja Seri Menanti) pada asalnya telah di bina pada tahun 1902 dan siap pada 1908, Istana Lama Seri Menanti ini di reka oleh dua orang tukang melayu, di mana pelannya adalah diperincikan oleh ketua pelan pelukis, Mrwoodford dari jabatan kerja raya, Istana Lama Seri Menanti ini, di tabalkan sebagai Muzium di Raja Seri Menanti apabila Yang Di- Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yam Tuan Antah, berpindah ke istana baru yang dibina berhampiran istana lama.






Pada petang hari, kami  di beri peluang bermain permainan tradisional Negeri Sembilan seperti konda-kondi tarik upih dan sebagainya.


 Waktu makan malam pula, kami di sajikan dengan hidangan di raja dengan menu dari masakan di raja yang di masak oleh tukang masak di raja. Sungguh bertuah dan beruntung NK ketika itu. Lauk yang sungguh sedap tidak pernah NK dapat di mana-mana.


NK tidak akan lupakan kenangan yang sungguh manis ini.

Lokasi dan Direktori :-
Kurator
Muzium Diraja Seri Menanti
71550 Seri Menanti
Kuala Pilah
Tek / Fax : 06-497 9653
Email : mdrsmn9@gmail.com